GAMBAR ATAS: Jabatan Bomba.
Oleh Fetty Rara
SEKUMPULAN tujuh orang, termasuk lima kanak-kanak, nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terjatuh setinggi sepuluh meter dari Rawang Bypass, Serendah, Hulu Selangor.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.58 petang berhubung kemalangan membabitkan sebuah Mitsubishi Pajero Sport yang terjatuh ke dalam gaung.
“Susulan panggilan itu, sebuah jentera bomba bersama enam anggota dari balai bomba Kuala Kubu Baru dihantar ke lokasi kejadian.
“Kumpulan itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Enam daripada mangsa termasuk seorang lelaki berusia 30-an dan lima remaja bawah umur 4 hingga 12 tahun cedera ringan, manakala seorang wanita berusia 30-an berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan,” katanya hari ini.
-BTS Media