Oleh Yusoff A. Shariff
DAVID Marshel, 47, yang keluar DAP semalam selepas bersama parti itu selama 15 tahun berkata keputusannya itu adalah sukar tetapi beliau terpaksa melakukannya untuk menyelamatkan DAP daripada Lim Guan Eng.
“Saya sanggup berkorban untuk kebaikan parti. Tiada siapa yang berani bersuara menentang Lim selama ini. Saya di sini untuk melakukannya.
“Jadi semua ini adalah untuk menentang Lim Guan Eng. Akan ada lebih banyak pendedahan,” katanya kepada media di Prai hari ini.
David yang menyembunyikannya perkara itu sejak sekian lama, kini bersedia untuk bersuara bagi menyelamatkan DAP.
Beliau berkata, masalah menjadi meruncing pada  pemilihan calon DAP untuk pilihan raya negeri baru-baru ini.
David, bagaimanapun, berkata beliau akan menyokong Ketua Menteri sementara Chow Kon Yeow walaupun bertanding sebagai calon bebas.
Tambahnya, beliau telah dihubungi oleh rakan-rakan dalam DAP, yang bersetuju dengan tindakannya.
-BTS Media