BTS Media

DAP tolak cadangan untuk jaga sensitiviti Melayu, kata Muhyiddin

Oleh Fetty Rara

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi berkata, gesaannya agar biro politik DAP mengambil pendekatan lebih sederhana terhadap isu sensitif membabitkan orang Melayu telah ditolak semasa Pakatan Harapan (PH) menerajui kerajaan selama 22 bulan.

Beliau berkata beliau telah bertemu dengan timbalan menteri pertahanan ketika itu, Liew Chin Tong, yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, untuk membincangkan perkara tersebut.

Liew bersetuju bahawa kedudukan DAP terlalu ekstrem apabila menyentuh isu seperti Perlembagaan Persekutuan, raja-raja Melayu dan agama Islam, kata Muhyiddin pada satu program di Sepang, Selangor malam tadi.

Menurut Muhyiddin, beliau menyuarakan kebimbangannya setelah menyedari orang Melayu masih enggan menyokong DAP walaupun ia adalah sebahagian daripada kerajaan PH yang mengusai Putrajaya.

Beliau berkata Liew kemudian memberitahunya bahawa biro politik DAP tidak bersetuju dengan pandangan ini.

“Ini bermakna mereka mahu meneruskan dasar yang kita tahu tidak sesuai untuk kita, kerana ia adalah perjuangan utama DAP melalui persekongkolan dengan Anwar Ibrahim dalam PH,” katanya.

Beliau berkata tidak hairanlah apabila melihat beberapa keputusan dibuat yang tidak selari dengan agenda memperkasakan orang Melayu, seperti pemotongan peruntukan khas untuk program Bumiputera, termasuk Teraju.

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata bahawa menteri kewangan PH, Lim Guan Eng, telah menyekat peruntukan untuk Teraju semasa gabungan itu dalam kerajaan.

Beliau berkata perkara itu boleh dibuktikan kerana ia telah direkodkan secara bertulis.

-BTS Media

Leave a Comment