BTS Media

Muhyiddin bertemu Abang Johari untuk bincang bentuk kerajaan

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi tadi untuk membincang pembentukan kerajaan persekutuan.

Dalam catatan Facebook, Muhyiddin berkata turut hadir presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Perbincangan juga sedang diadakan dengan parti lain yang sehaluan dan ahli parlimen bebas.

“Insya Allah, kerajaan pusat akan dibentuk dalam masa terdekat,” kata Muhyiddin.

Malam tadi, beliau telah membayangkan kemungkinan pembentukan kerajaan campuran untuk mengambil alih Putrajaya.

Bagaimanapun, PN katanya tidak akan duduk semeja dengan Pakatan Harapan.

Beliau tidak menolak kemungkinan PN bekerjasama dengan BN dan parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak untuk membentuk kerajaan persekutuan, yang menurutnya pasti stabil dan bersih.

-BTS Media

Leave a Comment