GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) pada Ahad bersetuju untuk membentuk gabungan bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan.
Mengumumkan perkara itu pada Ahad, Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, GPS juga memilih Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.
“Fokus dan tanggungjawab utama kita sekarang haruslah kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.
Pada PRU15 semalam, GPS yang dianggotai empat parti tempatan Sarawak memenangi 22 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu.