BTS Media

Taufan Doksuri landa utara Filipina

GAMBAR ATAS: Keadaan di wilayah aCgayan selepas dilanda Doksuri/ FOTO: Pejabat Penerangan Cagayan.

 

Oleh Zainal AS Rashid

RIBUT kuat yang melanda utara Filipina hari ini menumbangkan pokok, memutuskan bekalan elektrik, selain membawa hujan lebat dan memaksa pemindahan beribu penduduk.

Menurut agensi cuaca Filipina, Taufan Doksuri membawa angin dengan kelajuan maksimum 175 kilometer sejam ketika berlegar di perairan sekitar Pulau Fuga, yang terletak berhampiran pulau utama Luzon, kata agensi cuaca Filipina dalam kemas kini kenyataan.

Agensi itu memberi amaran tentang “keadaan ganas, mengancam nyawa” ketika angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan kurang penduduk.

Doksuri, yang semalam dikategorikan sebagai “super typhoon” ketika bergerak merentasi   Lautan Pasifik, bagaimana pun dilaporkan semakin lemah setelah tiba di perairan  Filipina.

Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

-BTS Media

Leave a Comment