HUJAN lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal melanda di lapan negeri, termasuk Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga jam 6 petang ini.
Selain kawasan Sik dan Baling di Kedah, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook, memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Katanya, di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera, manakala Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor).
“Di Sabah pula, ramalan cuaca sama diramal berlaku di kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat,” katanya menurut hantaran itu.
METMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila ada tanda menunjukkan ribut petir dengan hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam,” katanya.
Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini.
-BTS Media