GAMBAR ATAS: Screenshot daripada video.
Oleh Fetty Rara
LEBIH 100 jemaah haji di Singapura terkandas di dalam pesawat mereka di Lapangan Terbang Changi selama lebih empat jam sebelum mereka diarahkan turun dari pesawat pagi semalam (Jumaat 23 Jun), lapor Berita Harian.
Penerbangan Saudia (sebelum ini Saudi Arabian Airlines) SV3621 yang mereka naiki sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Changi sekitar pukul 4.30 pagi dan tiba di Jeddah kira-kira pukul 2.00 tengah hari Jumaat.
Salah seorang jemaah yang terjejas, Suffian Apandi, 40, berkata, “Saya sebenarnya tertidur kerana waktu berkumpul sangat awal pagi tadi.
Dia terkejut apabila terjaga dan mendapati mereka masih berada di landasan dan belum berlepas.
Pada kira-kira pukul 9.00 pagi, semua penumpang diminta turun dari pesawat, yang dikatakan mengalami masalah teknikal.
Akhbar The Straits Times (ST) telah menghubungi Saudia dan Lapangan Terbang Changi untuk maklumat lanjut.
Jemaah haji yang terjejas itu telah menempah perjalanan mereka dengan Hahnemann Travel and Tours, TM Fouzy Travel and Tours, dan Shahidah Travel and Tours.
Jurucakap Hahnemann Travel memberitahu ST bahawa mereka menyedari tentang kejadian itu, dan telah dimaklumkan mengenai masalah mekanikal oleh syarikat penerbangan tersebut.
Kesemua penumpang ditberikan kupon dan sarapan pagi percuma sebagai pampasan, tambahnya.
Mereka juga diminta turun dan kembali ke lapangan terbang pada tengah malam untuk mengambil penerbangan yang dijadualkan semula pada pukul 3.00 pagi tadi (Sabtu).
Arab Saudi memperuntukkan 900 tempat untuk jemaah haji Singapura menunaikan haji setiap tahun.
Kumpulan terakhir jemaah haji dijangka berlepas ke Jeddah pada hari Sabtu, memandangkan ibadah haji akan bermula lewat Ahad di Masjidil Haram di Mekah.
-BTS Media