BTS Media

Polis tahan lima berhubung jemaah haji terkandas

 

Oleh Yusoff A. Shariff

POLIS menahan lima orang berhubung kes beratus bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, lima suspek ditahan malam tadi, seorang daripadanya pemilik sebuah agensi pelancongan, lapor FMT.

Semalam (Jumaat), polis berkata sekurang-kurangnya 22 laporan diterima daripada jemaah haji atau saudara mereka yang terjejas berhubung kes itu.

-BTS Media

Leave a Comment