BTS Media

Warga Singapura bergaduh apabila ditegur cuba mengisi minyak ke dalam tong di Johor Bahru

Oleh Zainal AS Rashid

DISEBABKAN segelintir yang berkelakuan tidak sepatutnya, tanggapan terhadap rakyat Singapura dalam kalangan orang Malaysia sering kali mencetuskan kemarahan.

Terbaharu, tular satu video memaparkan warga Singapura bergaduh dengan seorang rakyat Malaysia di sebuah stesen minyak di Johor Baru kerana cuba mengisi minyak ke dalam tong.

Ini antara kejadian susulan larangan terhadap rakyat asing mengisi minyak subsidi yang hanya untuk rakyat Malaysia.

Dalam kejadian terbaharu ini, dua individu orang Singapura yang cuba mengisi minyak ke dalam tong disergah oleh seorang ‘rider’ penghantar makanan Malaysia dan dua anggota polis bantuan.

Video kejadian itu dikongsi meluas melalui TikTok dan setakat ini mendapat lebih sejuta tontonan.

Dalam video tersebut, dua anggota polis bantuan itu cuba meredakan keadaan. Individu kedua juga dilihat membuka tempat letak barang kenderaan SUV mereka untuk mengambil kunci rantai seolah-olah cuba mengancam penunggang yang menegur mereka.

Apabila anggota polis bantuan meminta kad pengenalan kedua-dua lelaki cuba lagi menyerang si penunggang tersebut.

-BTS Media

Leave a Comment