Oleh Zainal AS Rashid
MENTERI Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memohon maaf atas kerosakan lif di Hospital Melaka.
Beliau berkata pihak kementerian telah menghubungi pengarah hospital dan dimaklumkan bahawa lif berkenaan telah siap diperbaiki semalam (Sabtu 4 Jun) oleh pihak kontraktor Jabatan Kerja Raya.
“Saya dengan rendah hati memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan akan memastikan pihak pengurusan hospital sentiasa memantau keadaan fasiliti demi keselesaan pengguna,” katanya melalui Twitter.
Terdahulu, satu video yang tular menunjukkan seorang pesakit menggunakan ventilator terpaksa dibawa menuruni tangga di Hospital Melaka.
Menurut satu tweet daripada seorang pengguna @KakPotato, masalah itu adalah disebabkan lif rosak.
Saya tidak tahu cara macam mana lagi yg terbaik untuk dapatkan tindakan segera dari pihak atasan.
YB, tolonglah bantu staff YB di sini (Hospital Melaka)
“Pt ventilated nak t/o ICU sampai kena turun tangga macam ni YB.” pic.twitter.com/k8PwHTPDTl
— KakTato (@KakPotato) June 3, 2023
-BTS Media