Oleh Fetty Rara
Perkhidmatan bot persiaran Melaka River Cruise (MRC) ditangguhkan sementara hari ini kerana paras air tinggi dan arus deras Sungai Melaka, berikutan hujan lebat sejak awal pagi Jumaat.
Dalam satu kenyataan MRC berkata perkhidmatan akan disambung semula apabila keadaan reda.
Sementara itu, Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah berkata hujan jufa menyebabkan beberapa kawasan di sekitar daerah Melaka Tengah turut dilanda banjir kilat.
Sehubungan itu, jalan di Batu Hampar ditutup sementara untuk semua kenderaan, selain jalan utama di Ayer Keroh.
Dalam satu kenyataan JPBD memaklumkan bahawa lain-lain kawasan yang terkesan termasuk Kampung Telok, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Taman Peringgit Ria dan Bukit Cina.
Keadaan yang semakin pulih tidak memerlukan pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan.
-BTS Media