BTS Media

Sekurang-kurangnya 50 maut, 300 cedera dalam nahas kereta api di timur India

GAMBAR ATAS: Twitter @SutirthaBi`swas1

 

Oleh Fetty Rara

SEKURANG-KURANGNYA 50 orang terbunuh dan 300 cedera di India selepas kereta api penumpang tergelincir dan bertembung dengan kereta api barang di Balasore Odisha pada hari Jumaat.

Pada masa berita dilaporkan oleh media tempatan, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, kata Perdana Menteri India Narendra Modi dalam tweet pada hari Jumaat.

Beberapa pegawai South  Eastern Railway yang tidak mahu nama mereka didedahkan, berkata banyak penumpang maut, tanpa mendedahkan jumlah sebenar.

Dalam kejadian itu, Ekspres Coromandel, yang dalam perjalanan dari Kolkata ke Chennai, telah tergelincir dan terhumban ke landasan bertentangan.

Pengurus besar South Eastern Railway Archana Joshi memberitahu Reuters bahawa dia tidak boleh mengulas mengenai butiran kejadian dan jumlah mangsa.

Joshi berkata sebilangan besar penumpang yang cedera telah dipindahkan ke hospital.

“Pasukan penyelamat kereta api dari Kharagpur dan stesen berdekatan lain telah pun sampai ke lokasi. Usaha bantuan dan menyelamat sedang dijalankan.”

-BTS Media

Leave a Comment