BTS Media

PM Singapura sah positif Covid-19 sekali lagi

Oleh Zainal AS Rashid

PERDANA Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Khamis (1 Jun) memaklumkan beliau didapati positif Covid-19 untuk kali kedua.

Melalui satu catatan Facebook, Lee berkata beliau berasa biasa sahaja, walaupun dijangkiti sekali lagi.

Pemimpin berusia 71 tahun itu, bagaimana pun berkata walaupun risiko jangkitan tidak tinggi berbanding jangkitan pertama, namun beliau masih mengasingkan diri sehingga ujian selanjutnya nanti menunjukkan negatif.

Jangkitan kedua seperti yang dialaminya sekarang hanya berlaku dalam 5-10 peratus kes.

Beliau disahkan positif COVID-19 buat kali pertama pada 22 Mei selepas lawatan ke Afrika Selatan dan Kenya.

Lee berkata beliau mendapat dos penggalak vaksin COVID-19 terbaharunya pada November tahun lalu.

-BTS Media

Leave a Comment