BTS Media

Mat Sabu umum lima pengerusi baharu badan berkanun bawah kementeriannya

PUTRAJAYA: Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkuat kuasa Isnin ini.

Selain Mahfuz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil, pula dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Turut dilantik ialah Sheikh Umar Bagharib Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Dr Azman Ismail sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Semua pelantikan itu diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi satu kenyataan hari ini.

“Sukacita dimaklumkan bahawa pelantikan pengerusi bagi lima Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan. Semua pelantikan ini berkuat kuasa 15 Mei 2023,” katanya.

Mohamad berkata, beliau yakin dengan pengetahuan, kredibiliti dan pengalaman dimiliki mereka dalam menerajui serta menggalas amanah dan tanggung jawab dalam menyokong memastikan pembaharuan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua yang dilantik,” katanya.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1099490/mat-sabu-umum-5-pengerusi-baharu-badan-berkanun-bawah-kementeriannya

Leave a Comment