Oleh Fetty Rara
BELUM ada sebarang perbincangan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) mengenai jawatan Kabinet, kata Mohamed Sabu (Mat Sabu).
Presiden Amanah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, kabinet akan dibentuk secepat mungkin.
“Saya tidak tahu (sama ada) akan tersenarai (menteri kabinet) atau tidak,” katanya kepada media di Klang pada Sabtu.
Mohamed memegang portfolio menteri pertahanan dalam pentadbiran PH pada 2018.
-BTS Media