BTS Media

Kereta terbakar di plaza tol Jambatan Pulau Pinang, empat sekeluarga sempat selamatkan diri

Oleh Yusoff A. Shariff

SEPASANG suami isteri dan dua anak mereka sempat menyelamatkan diri apabila kereta Perodua Alza baharu yang dinaiki terbakar di plaza tol Jambatan Pulau Pinang di sebelah Butterworth semalam.

Suami isteri berusia 20-an yang mengalami masalah pertuturan itu dalam perjalanan dari Alma menuju ke Relau bersama anak lelaki berusia 2 tahun dan anak perempuan berusia 3 tahun.

Mereka sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari kereta itu terbakar, lapor Bernama.

VIDEO: Penang Press.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Shahrul Munawer Taharem berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 petang mengenai kejadian itu.

“Apabila bomba tiba di lokasi, mereka mendapati kereta masih terbakar manakala pemandu dan tiga penumpang berjaya menyelamatkan diri.

“Api berjaya dipadamkan pada pukul 2.44 petang dan kereta itu hangus lebih 95 peratus. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

-BTS Media

Leave a Comment