BTS Media

Cuaca panas: Pelajar boleh pakai kasual ke sekolah – Kementerian Pendidikan

Oleh Zainal AS Rashid

KEMENTERIAN Pendidikan bersetuju membenarkan pelajar dan guru di semua institusi pendidikan di bawah bidang kuasanya memakai pakaian kasual dan pakaian sukan ketika cuaca panas sekarang.

“Kami sentiasa menitikberatkan kebajikan, kesihatan dan keselamatan pelajar, guru dan pentadbir semasa musim panas dan kemarau berpanjangan yang melanda negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu (3 Mei).

Menurut kementerian itu, cuaca panas sebegini boleh mencetuskan gelombang haba berbahaya yang memudaratkan kesihatan.

“Justeru, kementerian bersetuju memberi kebenaran khas kepada pelajar, guru dan kumpulan (pentadbiran) di semua institusi pendidikan di bawah kementerian untuk memakai pakaian sopan dan pakaian sukan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.

“Bagi pelajar yang memakai pakaian seragam sekolah, tali leher juga tidak wajib,” tambahnya.

Pihak sekolah juga diarah sentiasa memantau keadaan cuaca untuk tindakan segera diambil bagi memastikan kesejahteraan semua yang terlibat.

-BTS Media

Leave a Comment