Oleh Fetty Rara
SEORANG anak muda yang menyindir polis secara ‘live’ dengan menunggang laju motosikalnya di lebuh raya BKE di Perlis telah ditahan.
‘Mat Rempit’ itu menyiarkan secara langsung video dirinya dikejar oleh polis dan mencabar mereka menangkapnya jika boleh.
Dua video kejadian itu ditularkan di media sosial, satu didakwa dirakam oleh anak muda itu dan satu lagi oleh polis.
Dalam video pertama, kedengaran anak muda itu mengejek polis kerana ‘tidak cekap’ mengejar dia dan motosikalnya. Siren polis juga kedengaran dalam video tersebut.
Video kedua dipercayai disiarkan oleh unit MPV polis, yang berjaya mengejar suspek dan menahannya.
Dalam video tersebut kedengaran salah seorang anggota polis meminta suspek mengulangi apa yang diperkatakannya semasa video ‘livenya’.
Suspek mengulangi apa yang dikatakannya tentang “polis mengganggu dan memberi masalah kepada orang ramai.” Dia kemudian ditangkap.
-BTS Media