Oleh Yusoff A. Shariff
“KAHWIN paksa” tidak akan berhasil jika tiada cinta bersama antara pucuk pimpinan atau di peringkat akar umbi, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bekas perdana menteri itu berkata bahawa keretakan semakin ketara dalam “perkahwinan paksa” parti pemerintah kerana mereka secara terbuka menyerang satu sama lain.
Bercakap semasa satu majlis pada Ahad (16 Apr), ahli parlimen Bera itu merujuk kepada kerajaan perpaduan di bawah pimpinan perdana menteri Anwar Ibrahim apabila berkata terdapat kemungkinan keretakan ini akan membawa kepada “perpecahan kekal”.
Beliau berkata, apa sahaja yang dilakukan, ia mesti dengan berdasarkan ‘cinta sama cinta’, dan ‘kahwin paksa’ tidak akan kekal lama.
Ismail Sabri berkata, dalam perkahwinan paksa (antara parti yang tegar bermusuhan sebelum ini) – jika tidak ada cinta bersama akan membawa keretakan dan akhirnya perpisahan kekal.
Bekas timbalan presiden UMNO itu berkata, sekarang ini baru permulaan tetapi sudah nampak keretakan apabila DAP menghentam UMNO, dan UMNO menghentam DAP.”
Beliau berkata, bekas ahli parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed secara terbuka mengkritik DAP dan pemimpin DAP Lim Kit Siang membalas, dan kemudian disokong oleh ahli-ahli lain.
“Kahwin paksa tak akan menjadi – mesti ada cinta bersama. Tak boleh sekadar kahwin antara pucuk pimpinan sahaja – mesti ada cinta antara mereka di akar umbi juga. Kalau tidak, inilah jadinya (perbalahan terbuka terhadap satu sama lain),” kata Ismail Sabri.
“Mungkin ia akan menjadi lebih teruk – saya tak tahu apa yang akan berlaku. Kita tunggu dan lihat,” tambahnya.
Pada 15 April, Nur Jazlan berkata hubungan UMNO dengan DAP dalam kerajaan perpaduan menyukarkan parti itu untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu.
Di penjuru lain, ahli Majlis Tertinggi UMNO Puad Zarkashi pula mendakwa bahawa pemimpin Pakatan Harapan, seperti Lim dan Ahli Parlimen PKR Hassan Abdul Karim takut kemungkinan pengampunan diraja untuk bekas Perdana Menteri Razak akan memulihkan UMNO.
Kedua-dua Lim dan Hassan secara terbuka menentang rayuan Majlis Tertinggi UMNO kepada Istana pada 9 April untuk pengampunan diraja bagi Najib.
Lim memberi amaran bahawa kerajaan boleh memusnahkan diri sendiri, manakala Hassan berkata kerajaan akan menghadapi bencana besar jika Najib diberi pengampunan diraja.
-BTS Media