Oleh Zainal AS Rashid
LEBIH 100 orang telah ditangkap oleh polis dalam operasi pada Mac dan April dalam tindakan keras terhadap penjualan bunga api secara haram.
Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan pada Ahad (16 April) berkata polis telah menahan 120 orang kerana menjual bunga api secara haram dalam tempoh 28 Mac hingga 9 April.
“Anggaran nilai barang rampasan semasa serbuan adalah RM3,389,180. Pengawasan dan pemeriksaan akan diteruskan polis di seluruh negara termasuk penjualan dalam talian melalui laman e-dagang dan media sosial,” katanya.
Norsiah berkata polis telah menerima 6,526 permohonan untuk menjual bunga api sempena sambutan Hari Raya akan datang, lapor The Star.
“Daripada itu, sebanyak 5,188 permohonan telah diluluskan dengan 1,338 pemohon ditolak kerana tidak memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan,” katanya.
-BTS Media