BTS Media

Lelaki biadab terhadap wanita beli juadah buka puasa, ditahan polis

PORT DICKSON: Perbuatan biadap seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan enggan mengalihkan keretanya yang menghalang kenderaan lain di hadapan sebuah kedai serbaneka dekat Bandar Springhill, di sini petang semalam, ditahan polis petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, penahanan dibuat susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita selepas video berdurasi 34 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715.

“Dalam video itu yang memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta keluar daripada tempat meletak kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana dipercayai mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.

“Saringan awal urin terhadap lelaki itu adalah negatif dan tiada rekod kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan media di sini malam tadi.

Aidi Sham meminta orang ramai tidak mencetuskan kegusaran awam dengan viral video itu serta memberikan komen yang boleh menggugat ketenteraman awam kerana boleh menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam tular satu video kejadian sekitar jam 6.30 petang apabila seorang wanita yang bernama Tir Thira dalam media sosial Facebook.

Wanita terbabit yang mahu keluar selepas membeli juadah berbuka puasa sudah, cuba menegur lelaki itu yang duduk dalam kereta Perodua Kelisa yang menghalang kenderaannya.

“Dengan penyebaran video itu, ia mendapat perhatian netizen dan masing-masing berasa marah dengan lelaki itu yang cuba bersikap biadap selain mengeluarkan kata-kata yang berunsur lucah,” kata Aidi Sham.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/04/1088861/lelaki-biadap-terhadap-wanita-beli-juadah-berbuka-puasa-ditahan-polis

Leave a Comment