BTS Media

Kematian wanita: Pengamal perubatan tradisional ditahan

Oleh Fetty Rara

SEORANG pakar perubatan tradisional berusia 51 tahun ditahan berhubung kematian seorang wanita selepas menjalani rawatan tradisional di sebuah rumah di Pandan Perdana, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata polis menerima laporan bahawa mangsa berusia 41 tahun meninggal dunia selepas menerima rawatan pada kira-kira pukul 6.35 petang Rabu (27 Julai).

Siasatan awal mendapati mangsa telah menjalani rawatan di rumah suspek kira-kira seminggu sebelum kematiannya,” katanya.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu.

Beliau berkata polis sedang menyiasat punca kejadian.

Menurut Mohamad Farouk, suspek lelaki itu ditahan kira-kira pukul 7.20 malam Rabu, dan akan direman untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-BTS Media

Leave a Comment