Oleh Zainal AS Rashid
SESI persekolahan pada 2024 mungkin tidak bermula pada Januari kerana beberapa faktor teknikal, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata cadangan untuk memulihkan kalendar akademik sekolah tidak dapat dilaksanakan tahun depan kerana pelbagai keperluan di bawah Akta Pendidikan 1996 harus dilengkapkan.
“Kami akan meneliti cadangan untuk memulihkan tahun persekolahan ke Januari, tetapi ini tidak dapat dilaksanakan tahun depan.
“Perubahan takwim akademik sekolah juga perlu mengambil kira faktor ekonomi tempatan dan banjir akhir tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan SPM, STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan bertulis Yeo Bee Yin. (PH-Puchong) semasa sesi soal jawab di Parlimen semalam.
Yeo bertanyakan sama ada terdapat rancangan untuk mengembalikan permulaan sesi akademik kepada Januari.
Menurut Fadhlina, sesi persekolahan pada 2021 dan 2022 dilanjutkan berikutan pandemik Covid-19.
“Pelanjutan itu membolehkan sekolah merancang dan melaksanakan aktiviti pemulihan untuk menyediakan pelajar dengan lebih baik untuk tahun persekolahan akan datang.” tambahnya.
Fadhlina juga berkata sesi persekolahan bagi tahun akademik 2023/2024 dikekalkan pada Mac tahun depan bagi memastikan kementerian mematuhi syarat tidak kurang daripada 190 hari persekolahan dalam satu tahun akademik.
-BTS Media