PROSIDING bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Ahmad Zahid Hamidi bersambung Januari depan.
Prosiding yang dijadualkan berlangsung pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah ditangguhkan selepas peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang berkata, rayuan interlokutor dalam kes itu ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Rayuan pada 14 November ini.
Rayuan itu adalah atas permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan keterangan rekod 15 saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah yang ditolak Sequerah pada 9 Mei lalu.
– BTS Media