BTS Media

Pemilihan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah ditangguh, didakwa ada pengundi hantu

Oleh Yusoff A. Shariff

PEMILIHAN Wanita UMNO Kuala Kedah pada Sabtu ditangguhkan setelah berlaku percanggahan dalam pengiraan undi yang dikata membabitkan kehadiran pengundi hantu.

Menurut sumber yang dipetik oleh Berita Harian, perkara itu disedari apabila jawatankuasa pemilihan bahagian mendapati terdapat sebanyak 570 kertas undi berbanding 521 perwakilan yang hadir untuk mesyuarat sayap itu.

Untuk pertandingan untuk pemilihan sayap Wanita Bahagian Kuala Kedah ialah antara bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim dan penyandangnya Noor Hasita Mat Isa.

“Berikutan percanggahan itu, jawatankuasa pemilihan bahagian memutuskan untuk menangguhkan pemilihan Wanita Kuala Kedah yang diadakan pagi semalam selepas dakwaan terdapat kehadiran pengundi hantu dalam proses pengundian,” kata sumber tersebut.

Sejumlah 750 perwakilan Wanita yang layak daripada 150 cawangan di bahagian UMNO Kuala Kedah dengan 521 perwakilan hadir untuk pemilihan yang berlangsung di Dewan Ukir Mall, Alor Setar.

-BTS Media

Leave a Comment