BTS Media

Siasat sama ada penerokaan tanah bukit cetus banjir lumpur Bukit Tinggi

BENTONG – Kerajaan negeri dan kerajaan Pusat melalui kementerian serta agensi yang berkaitan diminta untuk segera menyiasat punca kejadian banjir yang berlaku di kawasan Bukit Tinggi di sini.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, kejadian banjir kilat yang terbaharu berlaku di kawasan itu pada petang Ahad adalah kali kedua terjadi dalam tempoh tidak sampai setahun.

Menurutnya, siasatan perlu disegerakan bagi mengenal pasti sama ada berlaku penerokaan atau pembukaan tanah di bahagian atas bukit sehingga menyebabkan bencana itu berlaku.

“Perkara itu perlu diambil perhatian dan tindakan segera agar tidak terus berulang sehingga penduduk menjadi mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Young Syefura berkata, dalam kejadian banjir kilat (kepala air) yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu, beberapa aliran air baharu dikesan terbentuk akibat runtuhan batu dan laluan di jalan lama Bentong – Kuala Lumpur.

“Runtuhan pernah berlaku di kawasan itu akibat kejadian banjir pada Mei tahun lalu dan baharu selesai dibaik pulih, namun kejadian sama berulang lagi,” katanya.

Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/244900/edisi/pahang/siasat-punca-banjir-di-bukit-tinggi—young-syefura

Leave a Comment