BTS Media

Ambiga selar Anwar bagi ‘lampu hijau’ bagi menteri ‘lantik keluarga’

Oleh Fetty Rara

BEKAS presiden Majlis Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan hari ini menyelar kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa anggota Kabinet dilarang memberi gaji atau ganjaran daripada peruntukan kerajaan kepada ahli keluarga jika mereka dilantik sebagai penasihat atau pegawai.

Kenyataan itu adalah susulan pelantikan anak perempuannya sebagai, Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri.

Melalui catatan di Twitter, Ambiga menyifatkan kenyataan itu sebagai memberikan ‘lampu hijau’ bagi semua menteri untuk membawa masuk anggota keluarga.

Pelantikan Nurul Izzah oleh Anwar sendiri telah menimbulkan kontroversi dan tuduhan amalan kronisme dan nepotisme, antara lain.

Ini kerana semasa berada dalam pembangkang Anwar lantang bersuara menentang perkara itu.

Dalam mempertahankan pelantikan anaknya pula, Anwar menegaskan bahawa ia adalah secara pro bono (tanpa bayaran).

Menurut beliau, Nurul Izzah layak untuk memegang jawatan itu walaupun tidak mempunyai latar belakang ekonomi yang sepatutnya.

Beliau mendakwa mahukan supaya Nurul Izzah membantu kerajaan, termasuk memastikan pentadbiran telus dan pemberian tender kerajaan yang sewajarnya.

Beliau memberitahu media semalam bahawa Nurul Izzah tidak akan menyalahgunakan jawatannya.

Pelantikan Nurul, yang kalah dalam pilihan raya umum ke-15 untuk kerusi parlimen Permatang Pauh, berkuat kuasa pada 3 Jan lalu.

-BTS Media

Leave a Comment