BTS Media

Letih dengan krisis berpanjangan, pelakon Azhar Sulaiman keluar UMNO

Oleh Fetty Rara

PELAKON veteran Azhar Sulaiman mengumumkan keluar daripada UMNO selepas parti itu memecat dan menggantung beberapa pemimpinnya minggu lepas.

Melalui beberapa post di Facebook, Azhar berkata dia “penat” dengan pergolakan dalaman UMNO yang tidak berkesudahan dan melihat ke arah menumpukan tenaga dan usahanya di tempat lain.

Azhar berkata, ini juga masa yang sesuai untuk dia “meninggalkan” sahaja parti itu.

Dia berkata, selama ini dia berkempen untuk UMNO dan BN (Barisan Nasional) secara percuma, dan kini tiba masanya untuk keluar meninggalkan parti itu.

Azhar, sebelum ini antara suara yang menggesa presiden parti Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatannya berikutan prestasi buruk gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15.

BN hanya memenangi 30 kerusi, prestasi pilihan raya terburuk sejak merdeka.

-BTS Media

Leave a Comment