BTS Media

Isu bakar al-Quran Sweden, tapi bekas Ahli Parlimen DAP gesa juga panggil duta Iran, Afghanistan

WALAUPUN isu dikecam oleh banyak negara Islam ialah pendirian Sweden susulan tindakan membakar al-Quran, namun seorang ahli parlimen DAP, Kasthuri Patto pula menggesa Wisma Putera memanggil duta Afghanistan dan Iran.

Dia, yang merupakan setiausaha perhubungan antarabangsa DAP mahukan duta kedua-dua negara Islam itu dipanggil kerana dakwaan pencabulan hak wanita dan kanak-kanak.

“Seterusnya, kepada menteri luar negeri untuk memanggil duta republik Islam Afghanistan berhubung pelanggaran berat hak wanita dan kanak-kanak.

“…dan kedutaan republik Islam Iran mengenai pelanggaran hak asasi manusia termasuk menggunakan hukuman mati sebagai alat politik untuk menutup suara daripada perbezaan pendapat,” tegasnya melalui Twitter.

Semalam, Kementerian Luar Negeri memanggil Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Sweden bagi menyatakan kecaman keras kerajaan Malaysia terhadap jahat Rasmus Paludan membakar al-Quran di Stockholm pada 21 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan media, Wisma Putera telah mengemukakan bantahan Malaysia terhadap keengganan kerajaan Sweden bertindak terhadap Paludan yang melakukan perbuatan itu sebanyak dua kali.

“Wisma Putra pada masa sama menggesa pihak berkuasa Sweden agar mengambil langkah serius menentang sebarang unsur keganasan dan kebencian terhadap Islam di Sweden,” kata kenyataan itu.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Sweden di Kuala Lumpur mengambil maklum bantahan Kerajaan Malaysia itu dan akan menyampaikannya kepada Stockholm.

-BTS Media

Leave a Comment