Oleh Yusoff A. Shariff
POLIS akan meneliti rakaman kamera televisyen litar tertutup membabitkan premis perniagaan berhampiran Taman Perindustrian Arab Malaysia di Nilai bagi mengesan individu yang membuang timbunan kepingan hiasan memaparkan ayat al-Quran di tepi jalan semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Timbalan Pesuruhjaya Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, barang-barang itu akan dilupuskan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, mengikut undang-undang Islam yang ditetapkan, dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Semalam dilaporkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri menemui timbunan kepingan hiasan yang mengandungi ayat al-Quran dibuang di tepi jalan di kawasan Arab Malaysian Industrial Park, Nilai.
-BTS Media