BTS Media

Treler filem ‘Pulau’, dikritik kerana adegan panas, pakaian seksi

Oleh Fetty Rara

TRELER rasmi untuk filem thriller seram ‘Pulau’ dikritik teruk dalam media sosial.

Ini adalah kerana beberapa adegan seksi dan ‘panas’ – daripada pelakon memakai bikini hingga kepada adegan ciuman dan adegan ranjang.

‘Pulau’, yang diterbitkan oleh My Way Pictures dengan kerjasama Film Force Studios, menampilkan beberapa nama tempatan, termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Sanjna Suri serta bekas ‘artis’ Onlyfans, Siew Pui Yi, atau Ms Puiyi.

 

Treler filem itu mengisahkan sekumpulan kawan yang bercuti bersama, dan setelah mencabar keberanian, menuju ke sebuah pulau misteri yang dikatakan ‘keras’.

Berikutan tayangan treler pada hujung minggu lepas, filem tersebut mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tempatan yang mengecam paparan adegan seksi.

Beberapa pengguna media sosial berasa hairan bagaimana filem itu diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

Ada pengguna yang mengucapkan tahniah kerana paparan pakaian yang dikatakan terlalu seksi, seperti menonton filem keluaran Hollywood, lapor Malay Mail.

Pengguna Twitter @mokmeen7 menganggap filem itu sebagai karya sampah dan memalukan negara.

Bagi @abby pula, “kita mahu negara kita setanding dengan negara-negara lain, tapi ia tidak bermakna perlu memaparkan adegan seks yang tidak perlu…saya hairan dengan industri filem negara ini sekarang.”

Selain treler, pengguna media sosial turut mempersoalkan poster rasmi filem itu yang didakwa mempunyai persamaannya dengan filem thriller 2020, Fantasy Island.

“Adakah itu salinan poster Pulau Fantasi?” komen pengguna, rosnadiaamira.

“Apakah terlalu terdesak untuk mendapatkan idea sehingga terpaksa meniru Fantasy Island?” tweet pengguna @minafandi.

Di YouTube, treler rasmi ‘Pulau’ setakat ini telah mendapat lebih 200,000 tontonan dan kini nombor tiga paling trending di Malaysia.

-BTS Media

Leave a Comment