Oleh Zainal AS Rashid
Berikutan kejadian di mana suhu kabin dalam tiga penerbangan menjadi panas baru-baru ini, Malaysia Airlines tampil memohon maaf atas ketidakselesaan yang terpaksa dialami oleh penumpang.
Masalah itu membabitkan penerbangan Kuala Lumpur ke Kuching (MH2536) pada 3 Mei, Kuala Lumpur ke Sandakan (MH2710) pada 8 Mei, dan Alor Star ke Kuala Lumpur (MH1205) pada 9 Mei .
Menjelaskan apa yang berlaku, syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata isu teknikal mengakibatkan unit kuasa tambahan (APU) tidak berfungsi.
Syarikat itu melahirkan rasa kesal dengan ketidakselesaan yang dihadapi oleh penumpang dalam penerbangan yang terjejas dan komited untuk serta-merta menambah baik proses pemulihan perkhidmatannya agar perkara itu tidak berulang.
Minggu lepas, beberapa video yang menunjukkan penumpang terpaksa berpanas dalam kabin telah mencetuskan kritikan terhadap cara syarikat tersebut menangani keadaan.
-BTS Media