SABAH dan Sarawak kini wilayah dan bukan lagi berstatus negeri, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ini kerana dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur, kedudukan Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih strategik sebagai kawasan pertumbuhan baharu, lapor Bernama.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Sehubungan itu, beliau berkata, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilaksanakan segera.
“Walaupun ada beberapa perkara pokok yang telah dilaksanakan, masih banyak perkara yang menjadi asas kepada MA63 perlu diterjemahkan pelaksanaannya,” katanya.
-BTS Media