Oleh Fetty Rara
PEGAWAI khas kepada timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi Ramesh Rao meninggal dunia pagi tadi.
Beliau yang dilantik pada 24 Dec lalu merupakan pegawai khas Ahmad Zahid yang bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan masyarakat India.
Menurut media, Ramesh meninggal dunia akibat serangan jantung.
Penyokong tegar Barisan Nasional (BN) dan bekas perdana menteri Najib Razak, Ramesh juga presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin.
Dia telah didakwa di mahkamah pada Februari 2021 kerana memuat naik kandungan yang menyinggung perasaan di Twitter.
Pada Ogos 2020, beliau disoal siasat berhubung akuan berkanun oleh seorang individu yang mendakwa seorang pemimpin politik pembangkang terlibat dalam kes liwat.
Individu tersebut kemudian membuat laporan polis, dan mendakwa Ramesh mempengaruhinya untuk membuat tuduhan itu, lapor FMT.
-BTS Media