BTS Media

Shahrir Samad lepas, bebas kes pengubahan wang haram RM1 juta

MAHKAMAH Tinggi hari ini mengarahkan supaya Tan Sri Shahrir Ab Samad dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan bekas Pengerusi FELDA itu.

“Timbalan Pendakwa Raya mengesahkan pendakwaan tidak diteruskan terhadap tertuduh dalam masa terdekat.

“Dalam keadaan sedemikian adalah wajar tertuduh dilepaskan dan dibebaskan, saya menggunakan peruntukan Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah untuk perintah itu,” katanya.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1047812/shahrir-samad-lepas-bebas-kes-pengubahan-wang-haram-rm1-juta


Leave a Comment