BTS Media

Koop Sahabat ikrar bebas rasuah

GAMBAR: Sahabat Koop.

 

Oleh Fetty Rara

Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) bersama seluruh kakitangan pada Rabu (1 Jun) menyatakan komitmen untuk bebas rasuah dengan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Ikrar disaksikan oleh   Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan (SPRM) Negeri Selangor, Ridzuan Abd Malik.

Usaha simbolik ini merupakan inisiatif Koop Sahabat selaras dengan saranan Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) supaya setiap koperasi di Malaysia mengukuhkan integriti anggota lembaga, pengurusan dan warga kerja sebagai pencetus amalan tadbir urus koperasi yang mantap.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Koop Sahabat bertekad mengekalkan prestasi setelah diiktiraf sebagai koperasi kelima terbaik Malaysia oleh SKM pada 2021.

Menurut kenyataan itu lagi, di ambang meraikan ulang tahun ke-10 pada Ogos nanti, premis yang dipegang ialah bagi melahirkan perniagaan bersih daripada rasuah dan masalah integriti demi untuk mencapai kecemerlangan, daya saing, melahirkan warga kerja berkualiti tinggi dan produktif.

Majlis lafaz ikrar turut disertai oleh kakitangan Koop Sahabat dari 25 cawangan Sahabat Ar Rahnu seluruh Malaysia serta kumpulan anak syarikatnya.

Koop Sahabat adalah sebuah koperasi perkhidmatan yang ditubuhkan pada 30 Ogos 2012 di bawah Akta Koperasi 1993 dengan lebih 240,000 ahli seluruh Malaysia dari kalangan usahawan wanita B40.

Perniagaan Koop Sahabat meliputi perniagaan dalam Perkhidmatan Kewangan, seperti Ar Rahnu, hartanah, pelaburan korporat, pelaburan Strategik dan pelaburan ekuiti awam.

Selama tiga tahun berturut-turut Koop Sahabat tersenarai sebagai antara 10 Koop Sahabat terbaik di Malaysia.

-BTS Media

1 comment

Azizhusein June 2, 2022 at 8:16 am

Yes3…seluruh rakyat mesti sokong perjuangan ini.

Reply

Leave a Comment