MULAI sekarang proses lapor dan memantau pesakit Covid-19 tanpa gejala akan dilakukan sepenuhnya melalui aplikasi MySejahtera.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini membabitkan laporan sendiri Alat Penilaian Rumah (HAT), pemberitahuan untuk melengkapkan HAT, pemberitahuan untuk lapor tanda amaran dan pemberitahuan kepada individu yang layak untuk rawatan ubat antivirus Paxlovid.
Beliau berkata ini adalah susulan tamatnya penggunaan kaedah Rakaman Suara Automatik (Robocall) dan Hotline CPRC dan Talian Bantuan (Helpline) CAC Nasional yang beroperasi dari 2020 hingga tahun lepas.
Dalam satu kenyataan hari ini, Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan mengingatkan semua individu, khususnya yang disahkan positif supaya mengaktifkan fungsi notifikasi aplikasi MySejahtera pada telefon pintar masing-masing bagi memastikan kaedah pemantauan kendiri berfungsi.”
Beliau berkata, pemantauan secara maya (dalam talian) pesakit Covid-19 akan diteruskan oleh pasukan petugas di Pusat Penilaian Covid-19 dan Pusat Demam Klinik Kesihatan, manakala Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Tindak Balas Kecemasan peringkat negeri akan terus memantau penularan Covid- 19 keadaan di negeri-negeri.
Tambahnya lagi, Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Rumah serta Perintah Pelepasan akan nyatakan seperti biasa melalui aplikasi MySejahtera.
Dr Noor Hisham berkata jumlah kes harian baharu Covid-19 pada minggu epidemiologi ke-52 dari 25 Dis hingga 31 Dis turun 36.1 peratus kepada 3,767 kes berbanding 5,894 kes pada minggu epidemiologi ke-51.
Katanya, jumlah kes tempatan turun 36.5 peratus daripada 5,880 kes kepada 3,735 kes, manakala kes import meningkat daripada 14 kes kepada 32 kes.
Beliau berkata jumlah kematian juga menurun sebanyak 29 peratus, atau 22 kes pada minggu itu berbanding 31 kes sebelum ini.
“Purata kes aktif harian menurun sebanyak 14.7 peratus (14,580 kes kepada 12,433 kes),” katanya sambil menambah purata kadar infektiviti sepanjang minggu ialah 0.79.
-BTS Media