GAMBAR ATAS: The Edge.
Oleh Yusoff A. Shariff
SEBELAS anggota Parti Bangsa Malaysia (PBM) daripada 13 yang sebelum ini digantung, telah dipecat daripada parti, kata unit penerangan parti itu.
Dua lagi anggota yang digantung tugas – Haniza Mohamed Talha dan Dr Daroyah Alwi – tidak dipecat tetapi kedua-duanya disingkirkan sebagai timbalan presiden dan ketua sayap wanita PBM, lapor The Star.
Kesemua 13 tidak menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada mereka Isnin lalu (19 Dis).
Antara anggota PBM yang dipecat ialah bekas Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, naib presiden Rahimah Majid, Sathiskumar Govindaraju dan Muhammad Saiful Bahari Sahari; ketua pemuda parti Na’im Brundage dan setiausaha agung parti Nor Hizwan Ahmad.
Turut dipecat ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid, ahli majlis tertinggi Ab Aziz Ab Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Roger Tan Seng Huat, dan Albakri Salim.
-BTS Media