BTS Media

Zuraida keluar Bersatu, masuk PBM

 

Oleh Fetty Rara

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin telah mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dalam satu kenyataan menyatakan demikian pada Khamis, beliau berkata beliau akan berjumpa Perdana Menteri Ismail Sabri secepat mungkin untuk membincangkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Zuraida adalah bekas ahli Majlis Tertinggi Bersatu.

Menurut kenyataan itu lagi, beliau juga akan berbincang dengan Ismail Sabri  tentang peranan dan hala tuju PBM dalam memperkasakan kerajaan Keluarga Malaysia.

Zuraida kini berada di Turki untuk berucap pada majlis perasmian Persidangan Perintis Ketujuh untuk Gabungan Wanita Global untuk Al-Quds dan Palestin.

-BTS Media

Leave a Comment