BTS Media

DAP janji tegak kedudukan Islam, institusi diraja: Zahid

DAP berjanji kepada UMNO dalam mesyuarat sebelum kerajaan perpaduan ditubuhkan bahawa ia akan menegakkan kedudukan Islam dan institusi diraja.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga presiden UMNO, berkata DAP juga menyatakan akan menjunjung hak istimewa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Jangan takut (penyokong UMNO)….Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan) dan Dr Zambry (Setiausaha Agung Barisan Nasional Zambry Abdul Kadir), bersama saya, adalah antara tujuh individu yang bertemu dengan pimpinan DAP sebelum kerajaan perpaduan ditubuhkan.

Zahid yang berkata demikian di Rompin hari ini turut meminta ahli UMNO di cawangan dan bahagian supaya jangan bimbang, kerana beliau tidak akan mengkhianati UMNO atau BN.

-BTS Media

Leave a Comment