BTS Media

Zahid: ‘No Anwar, DAP, Bersatu’ sekadar untuk berdepan PRU15

Oleh Fetty Rara

PRESIDEN UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sekarang berkata bahawa pendirian “No Anwar, DAP, Bersatu” hanya sekadar untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15.

Justeru, beliau menggesa semua ahli UMNO supaya memahami tujuan di belakang ‘prinsip’ menolak sebarang kerjasama dengan Anwar Ibrahim, DAP dan Bersatu.

Bagaimana pun, Ahmad Zahid mendakwa bahawa kerjasama antara Barisan Nasional (BN) sekarang bersama Pakatan Harapan (PH) yang juga disertai oleh DAP selepas PRU15, tidak mengabaikan prinsip UMNO.

“Ini berdasarkan dua perkara. Yang pertama, penolakan sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu adalah untuk berdepan pada PRU15 bukannya untuk pasca pilihan raya.

“Kedua, kerjasama ini adalah berlandaskan titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang inginkan Kerajaan Perpaduan terbentuk,” katanya melalui Facebook, hari ini.

-BTS Media

Leave a Comment