BTS Media

Muhyiddin cabar permohonan injunksi sementara Zahid

 

Permohonan injunksi sementara Ahmad Zahid Hamidi dicabar oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin telah memfailkan afidavit untuk mencabar permohonan Zahid itu sementara menunggu keputusan akhir saman,” kata peguam beliau, Baharudeen Mohamed Ariff kepada portal berita FMT.

Injunksi sementara Zahid itu bertujuan melarang Muhyiddin mengulangi atau menerbitkan kata-kata yang didakwa fitnah dalam media sosial bahawa presiden UMNO itu pernah cuba mendapatkan pertolongan daripada bekas perdana menteri itu supaya kes rasuah yang dihadapi beliau digugurkan.

Peguam Zahid, Baharudeen Mohamed Ariff, berkata hakim Mahkamah Tinggi Rozana Ali Yusoff akan mendengar permohonan itu pada 25 Mei.

Beliau berkata Zahid akan memfailkan afidavit sebagai respons kepada bantahan Muhyiddin.

Zahid dibicarakan atas 80 pertuduhan rasuah di Kuala Lumpur dan di Shah Alam.

Minggu lepas, Zahid memfailkan saman serupa terhadap Dr Mahathir Mohamad kerana mendakwa semasa sidang media pada 23 Februari bahawa beliau dan beberapa individu lain telah berjumpa dengan bekas perdana menteri itu di rumah pada 2018.

-BTS Media

Leave a Comment