Oleh Yusoff A. Shariff
TERDAPAT beberapa proses dan prosedur yang tidak diikuti oleh bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mendakwa ini termasuk penglibatan syarikat yang dikaitkan dengan ahli keluarganya.
“Saya ingin mengingatkan Muhyiddin supaya tidak mencabar saya kerana jelas beberapa proses dan prosedur tidak dipatuhi,” katanya kepada media selepas tiba di Kementerian Kewangan pada Isnin (6 Dis).
Namun demikian, Anwar tidak pula memperincikan syarikat dan jenis perniagaan yang didakwa itu.
Beliau berkata walaupun hasratnya untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat, perkara itu perlu ditangani memandangkan beliau sedang dicabar.
Katanya, ada pihak tertentu yang mendakwa mereka bersih.
“Bagaimanapun, tidak, kerana didapati ada kelulusan dilakukan tanpa mengikut peraturan.
“Ini termasuk kelulusan yang dibuat semasa perintah kawalan pergerakan,” katanya.
Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional, berkata beliau tidak pernah menggelapkan atau menyalahgunakan dana yang bertujuan untuk membantu rakyat dan jika beliau berbuat demikian, siasatan sudah lama bermula.
-BTS Media