BTS Media

Wan Rosdy angkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang

PEKAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali menerajui Pahang selepas sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai menyempurnakan istiadat itu di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abu Bakar di sini pukul11.30 pagi.

Wan Rosdy, 64, kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Turut kelihatan sembilan wakili rakyat daripada Pakatan Harapan (PH) diketahui Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Raub, Chow Yui Hui, ADUN Semambu,Chan Chun Kuang, ADUN Mentakab, Woo Chee Wan, ADUN Bilut,Lee Chin Chen, ADUN Ketari, Su Keong Siong, ADUN Triang, Leong Yu Man dan ADUN Tanah Rata, Ho Chi Yang serta ADUN Teruntum, Sim Chon Siang.

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang dibuat selepas Tengku Hassanal memperkenan melantik Wan Rosdy jawatan terbabit menerusi gabungan parti BN dan PH.

Baginda memberi perkenan selaras dengan Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang.

Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/233696/berita/politik/wan-rosdy-angkat-sumpah-sebagai-mb-pahang

Leave a Comment