BTS Media

Muhyiddin namakan Tuan Ibrahim sebagai Menteri Besar jika PN berjaya di Pahang

PERIKATAN Nasional (PN) fokus untuk mengambil alih pentadbiran Negeri Pahang

Ke arah matlamat itu, gabungan tersebut meletakkan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding di kerusi DUN Pahang.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan bahawa Tuan Ibrahim adalah calon Menteri Besar PN untuk Pahang.

“Di Pahang, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi dewan undangan negeri (DUN).

“Jika kita menang di Pahang, maka Tuan Ibrahim akan menjadi menteri besar di sana,” katanya ketika berucap semasa ceramah umum PN Best di Pendang, Kedah, malam tadi.

Pada PRU-15 ini, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri N04, manakala untuk kerusi Parlimen beliau bertanding di Kubang Kerian, Kelantan.

MCA-BN memenangi kerusi Cheka pada PRU lalu dengan hanya kelebihan 202 undi.

Muhyiddin juga mengulangi janji PN untuk menyokong orang PAS sebagai Menteri Besar Perlis jika menang.

Katanya gabungan antara PAS dan Bersatu sekarang cukup kukuh untuk berdepan dengan parti lawan, terutama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Insya-Allah Perlis bakal jatuh ke tangan kita (PN) pada PRU kali ini, dan jika ia berlaku maka wakil PAS akan jadi menteri besar di sana.

Walaupun menjadi ahli parlimen di Kelantan, Tuan Ibrahim, 62, bukan asing di Pahang.

Dilahirkan di Jerantut beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan bagi penggal 1999 hingga 2004.

Pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata beliau bersetuju jika PAS menerajui negeri-negeri berkenaan memandangkan parti itu mempunyai kekuatan yang lebih berbanding Bersatu.

“PAS mempunyai jumlah kerusi lebih besar di negeri-negeri itu berbanding Bersatu, bagi saya tidak apa. Yang penting dapat mentadbir negeri dengan baik seperti Menteri Besar Kedah.

“Kita ada rundingan bahawa ada negeri akan diterajui Bersatu, dan di utara ikut sejarah sekarang di Perlis dan Pahang PAS yang banyak kerusi.

“Saya jangkakan kedua-dua negeri ini kita boleh menang,” kata Muhyiddin.

-BTS Media

Leave a Comment