BTS Media

Ahmad Maslan mahu Zahid dalam perbincangan mengenai barisan Kabinet

Oleh Yusoff A. Shariff

PRESIDEN UMNO Ahmad Zahid Hamidi perlu berada dalam perbincangan untuk memilih anggota barisan kabinet baharu, kata Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu mendakwa Ahmad Zahid tidak dirujuk mengenai perkara ini semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memutuskan (siapa yang sepatutnya berada dalam Kabinet). Bagaimanapun, kali ini presiden parti mesti dirujuk. Dalam dua kabinet lalu, beliau tidak.

“Semasa pentadbiran Muhyiddin, presiden UMNO mahupun timbalan presiden tidak dirujuk. Sebab itu kabinet yang dilantik tidak mengikut hierarki parti,” katanya di Benut, Johor pada Ahad (Nov 27).

Media bertanyakan beliau sama ada terdapat sebarang perbincangan dengan UMNO mengenai barisan kabinet di bawah Perdana Menteri baharu Anwar Ibrahim.

“Saya harap kali ini, dengan Anwar sebagai Perdana Menteri, perbincangan juga melibatkan kepimpinan parti dan presiden.

“Ini supaya mereka yang dilantik menganggotai kabinet akan mewakili suara parti. Ia adalah untuk manfaat semua,” tambahnya.

Mengenai calon timbalan perdana menteri dari UMNO, beliau berkata keputusan itu akan datang daripada Ahmad Zahid dan pemimpin parti.

Selepas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10, Anwar telah mengumumkan bahawa kabinetnya akan lebih kecil, dan gaji menteri dikurangkan.

-BTS Media

Leave a Comment