BTS Media

Bekas suami penyanyi dangdut dipercayai dera isteri secara fizikal

SATU video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki mendera isterinya secara fizikal, dipercayai membabitkan bekas suami penyanyi dangdut popular.

Video seminit itu yang dirakam oleh individu yang tidak dinamakan dan dimuat naik semalam, menunjukkan lelaki itu mengheret dan memukul isterinya bertubi-tubi di muka dan tubuhnya.

Visual juga menunjukkan seorang gadis kecil, dipercayai anak perempuannya, menangis, mengangkat tangan dan kelihatan seolah-olah meminta maaf kepadanya.

Difahamkan, individu yang merakam video itu turut membuat laporan polis terhadap lelaki berkenaan.

Kapsyen video itu menyatakan, “Lelaki itu mengunci isteri dan anak perempuannya di dalam rumah dan mendera mereka secara fizikal. Dia juga mendera pembantu rumahnya secara fizikal.”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya telah menerima laporan itu, dan siasatan sedang dijalankan.

-BTS Media

Leave a Comment