KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan sebanyak 2,852 kes baharu Covid-19 pada Selasa. Tiga daripadanya adalah kes import.
Peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini 4,915,009.
Menurut portal KKMNOW, sebanyak 12 kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan dan tiada kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital.
Jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia bertambah kepada 36,566.
Sejumlah 97 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU), 57 memerlukan alat bantuan pernafasan.
-BTS Media