BTS Media

Kepulauan Cook catat kematian pertama COVID-19

GAMBAR ATAS: Christopher Johnson from Tokyo, Japan, CC BY-SA 2.0 <https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0>, via Wikimedia Commons

 

Oleh Feste KR

Negara kecil Kepulauan Cook, Pasifik Selatan pada Ahad ( (25 April) melaporkan kematian pertama akibat Covid-19sejak pandemik bermula lebih dua tahun lalu.

Mangsa, seorang wanita berusia 63 tahun, yang mempunyai masalah kesihatan, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di Pulau Aitutaki lewat Sabtu.

Perdana Menteri Mark Brown dalam kenyataan pada Ahad berkata mangsa yang mempunyai beberapa masalah kesihatan serius telah lengkap mendapat tiga dos vaksin.

Negara pulau itu dilaporkan bebas daripada Covid-19 sehingga jangkitan varian Omicron tercetus selepas sempadan dibuka semula kepada pelancong dari New Zealand awal tahun ini.

Brown mengingatkan penduduk negara itu supaya berwaspada kerana dengan tragedi ini perkara yang sama mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja.

Kementerian Kesihatan Kepulauan Cook berkata setakat ini negara itu merekodkan 4,727 kes Covid-19 dengan sebanyak 735 kes aktif setakat pagi Ahad.

-BTS Media

Leave a Comment